Tuesday, December 4, 2007

Sistem Fertigasi




Fertigasi adalah perkataan yang dialihbahasa daripada perkataan Bahasa Inggeris – ‘Fertigation’ , merupakan gabungan perkataan ‘fertilizer’ dan ‘irrigation’ yang bermaksud ‘baja’ dan ‘pengairan’. Sistem fertigasi boleh didefinasikan sebagai kaedah pemberian nutrient makanan yang diperlukan oleh tanaman dan air melalui pengairan. Samada tanaman di tanah atau tanpa tanah iaitu penanaman di dalam polibeg atau takungan yang menggunakan media tanaman selain tanah.

Sistem fertigasi terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Sistem Titis Mikro (drip), Sistem Pemercik Mikro (sprinkler), Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik Aliran Statik, Hiroponik Aliran Pasang-Surut dan Aeroponik. Penanaman menggunakan kaedah sistem fertigasi tanpa tanah biasanya dilakukan dalam beberapa cara iaitu sistem fertigasi bersama Struktur Lindungan Hujan (SLH), sistem fertigasi bersama SLH dan Struktur Kalis Serangga (SKS), sistem fertigasi terbuka (tanpa SLH dan SKS).

Umumnya, kebanyakan tanaman bernilai tinggi seperti sayur-sayuran, bunga-bungaan, herba, buah-buahan dan pokok hiasan boleh ditanam menggunakan sistem fertigasi. Penggunaan sistem fertigasi tersebut sangat bergantung kepada sifat-sifat tanaman yang hendak ditanam, seperti tanaman jenis berbuah, berdaun, ‘krusifer’ atau berubi.

Ketika ini, sistem tersebut sangat sesuai untuk tanaman seperti tomato, cili merah, cili sayur, melon, terung, strawberi dan pokok hiasan.

No comments: